Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini membawa pembaca menyelami konsep patriotisme dari perspektif falsafah politik, sejarah, dan teori sosial. Perbahasan utamanya terletak pada pengaruh gagasan kosmopolitanisme terhadap multikulturalisme dan impak nasionalisme kepada etnokulturalisme, serta kesannya terhadap perpaduan nasional dan hubungan antara kaum. Secara meneliti perbezaan fundamental antara teori patriotisme berperlembagaan, patriotisme Raja Berperlembagaan dengan konsep ‘Patriotisme Berhikmah’ yang dipopularkan oleh Steven B. Smith, para penulis menawarkan pandangan kritis terhadap masa depan patriotisme dalam konteks Malaysia secara khusus dan dunia secara keseluruhannya.


Lantaran perkembangan globalisasi dari satu sisi dan peningkatan etnopopulisme dari sisi yang lain pula, masyarakat perlu diberikan pendedahan ilmu tentang pentingnya konsep kesetiaan kepada negara atau patriotisme, baik dari segi falsafah atau dari segi praktikalnya. Buku ini merupakan bacaan penting bagi mereka yang ikhlas ingin memahami isu kesetiaan kepada negara atau patriotisme, konsep keadilan sejagat, serta cabaran dalam membina identiti nasional yang inklusif dan berwawasan, khusus mengikut acuan Malaysia.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: