Dalam dunia yang semakin kompleks namun saling bergantung; isu integriti dan rasuah bukan lagi sekadar topik perbahasan di ruang sidang parlimen, malah kini mendasari kecaknaan masyarakat serta tunjang kemajuan sesebuah negara bangsa. Buku Integriti Dan Antirasuah (Edisi Kedua) ini membawa pembaca menyelami intipati nilai integriti dan akauntabiliti pelbagai dimensi kehidupan seantero warganegara Malaysia nan patriotik. Disusun berteraskan silibus Kursus Integriti dan Antirasuah (KIAR) di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM); karya ini menjadi panduan komprehensif kepada pelajar, pendidik, penjawat awam dan kakitangan swasta dan pengurus sektor korporat dalam memahami, menghayati serta mengamalkan integriti secara menyeluruh sekali gus mengangkat usaha kerajaan selaras Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional / National Anti-Corruption Strategy (NACS) 2024-2028. Setiap bab mengupas persoalan kritikal dari tadbir urus, etika kerja, liabiliti korporat (Seksyen 17A Akta SPRM 2009), jenayah kolar putih, teori akademik berkaitan rasuah dan turut disesuaikan dengan Modul Pengukuhan Governans, Integriti & Antirasuah (MPGIA) untuk sektor awam serta klausa terkini dalam ISO 37001:2025 Anti-Bribery Management System (ABMS). Malahan, peranan institusi sosial seperti keluarga, agama, pendidikan dan media dalam membentuk budaya integriti yang kukuh, serta analisis tajam tentang politik berintegriti melalui model N.E.G.A.R.A. dan Model Integriti Politik (MIP) turut diutarakan. Dengan gaya bahasa akademik yang mudah difahami, buku ini menggabungkan sudut pandang perundangan, teori dan model integriti serta saduran pengalaman berimpak daripada pihak berkepentingan dalam pengurusan integriti seperti pegawai SPRM dan Pegawai Unit Integriti Bertauliah / Certified Integrity Officer (CeIO). Justeru, buku ini bukan sekadar bacaan ilmiah tetapi manifesto nasional terhadap perjuangan negara bermaruah tinggi dengan integriti dan antirasuah!
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below:

-305x305.jpg)

