Perkembangan media digital telah mengubah lanskap komunikasi manusia. Sebagai pendakwah, kehadirannya adalah peluang dan ruang yang perlu dimanfaatkan bagi melebarkan sayap dakwah dengan lebih jauh. Kehadiran pelbagai aplikasi seperti Canva, Cap Cut, AI yang pelbagai menjadikan gaya penyampaian dakwah semakin menarik dan kreatif. Lantaran itu, seseorang pendakwah perlu meningkatkan kemahiran dengan teknologi digital ini agar mampu menjadi pendakwah yang lebih profesional. Buku ini menyentuh pelbagai isu penggunaan media baharu dari pelbagai pendekatan termasuk peluang pendakwah melebarkan dakwah dengan adanya media baharu, keupayaan tekno-daie, trend masyarakat Maya, komuniti Maya dan sebagainya. Buku ini ditulis oleh pakar dalam bidang media dari tiga universiti iaitu Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Buku ini perlu dimiliki oleh para pendakwah sama ada persendirian, NGO mahupun agensi. Ia juga boleh dijadikan teks pengajaran dan pembelajaran dalam bidang dakwah dan media baharu yang dilihat dari perspektif Islam. Keberadaannya dinanti-nantikan bagi mengisi ruang kosong dalam bidang ini. Mudah-mudahan pendedahan terhadap kemudahan teknologi digital ini mampu melahirkan lebih ramai lagi pendakwah yang kompeten dan profesional.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below:



