Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Penyelidikan Kualitatif dalam Bidang Sains Sosial merupakan buku panduan asas langkah demi langkah kepada pembaca dalam proses memahami seterusnya menjalankan penyelidikan kualitatif. Buku ini menghuraikan tentang konsep, reka bentuk, sorotan literatur, pungutan data, analisis data, etika dan pelaporan dalam penytelidikan kualitatif. Merangkumi tiga bahagian utama dan disusun dalam tiga belas bab. Bahagian pertama membincangkan tentang konsep dan pengenalan kepada paradigma penyelidikan kualitatif, disusuri dengan kaedah pengumpulan data di bahagian kedua dan analisis data serta etika di bahagian terakhir. Buku ini amat sesuai kepada warga pendidik dan pelajar yang berminat untuk memulakan langkah awal penyelidikan terutama dalam bidang sains sosial yang melibatkan kaedah temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen yang lebih mendalam untuk mencari makna d isebalik sesuatu fenomena. Umumnya penyelidikan kualitatif melibatkan huraian mendalam dengan menghasilkan sesuatu makna dan tema kepada seuatu fenomena yang dikaji secara alamiah berbanding dengan memperihalkan dapatan statistik dan penomboran semata-mata. Diharapkan buku ini dapat memberi perspektif yang jelas kepada pembaca dalam melaksanakan penyelidikan kualitatif dengan lebih cekap dan berkesan dalam menghasilkan penemuan yang berkualiti.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: