Buku ini mengupas konsep kewartawanan kesihatan sebagai suatu jambatan penting yang menghubungkan komuniti saintifik dengan masyarakat umum khususnya ketika era pasca-pandemik. Selain meneliti cabaran utama wartawan kesihatan seperti kekurangan latihan formal dan kesukaran mentafsir data saintifik, tumpuan turut diberikan kepada tekanan komersial dan capaian yang terhad kepada maklumat yang sahih. Berdasarkan kajian lapangan serta Kod Etika Kewartawanan Malaysia, buku ini membincangkan literasi, praktik dan cabaran yang dihadapi oleh wartawan media arus perdana dalam membentuk kesedaran awam mengenai isu-isu kesihatan. Cabaran dan perjuangan mereka membawa kepada suatu hala tuju dalam membangunkan skop kewartawanan kesihatan yang bersifat inklusif, berwibawa dan sejajar dengan matlamat serta aspirasi negara.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below:



