Buku ini merupakan buku panduan bagi ibu bapa dan penjaga kepada pesakit kanak-kanak yang dilahirkan dengan penyakit atau keadaan yang dipanggil ‘Sindromik Kraniosinostosis’. Keadaan ini merupakan kecacatan pada struktur tengkorak yang boleh menyebabkan berlakunya komplikasi kepada bahagian otak, mata, hidung, tulang rahang dan saluran pernafasan. Penjagaan bagi kanak-kanak yang mempunyai keadaan ini memerlukan rawatan rapi daripada pelbagai disiplin justeru memerlukan pemahaman yang baik di kalangan ibu bapa, penjaga di samping pengamal- pengamal perubatan dan pembedahan yang terlibat. Buku ini merupakan buku pertama dalam bidang kraniofasial yag dihasilkan sepenuhnya dalam bahasa Melayu justeru menjadi simbol martabat bahasa kebangsaan dan perkembangan teknologi sains perubatan
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below:



