Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Politik Penggabungan dalam Sistem Politik Malaysia merupakan sebuah kompilasi wacana ilmiah dan analisis kritikal yang mengupas secara mendalam dinamika politik gabungan dalam konteks kenegaraan Malaysia. Buku ini hadir pada detik penting apabila negara menyaksikan kemunculan Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani iaitu simbol transformasi politik ke arah kerjasama merentasi parti, ideologi dan latar belakang etnik. Buku ini menelusuri sejarah panjang politik penggabungan di Malaysia bermula daripada Perikatan dan Barisan Nasional hinggalah kepada koalisi moden seperti Pakatan Harapan, Perikatan Nasional, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Ia meneliti aspek-aspek penting seperti sejarah, institusi, wilayah, etnik dan budaya politik yang telah membentuk landskap politik negara dari dulu hingga kini. Turut diketengahkan ialah cabaran semasa serta keperluan memperkukuh keterangkuman sosial melalui peranan institusi seperti profesion kerja sosial dalam kerangka pentadbiran negara. Buku ini sesuai untuk ahli akademik, pembuat dasar, pelajar dan masyarakat umum yang ingin memahami secara holistik perjalanan politik Malaysia.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: