Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Demensia disebabkan oleh kemerosotan keupayaan otak berfungsi daripada aspek pemikiran, ingatan, tindakan dan kematian kepada sel-sel otak yang teruk. Kajian tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendapati bahawa 260,000 orang atau 8.5 peratus warga emas menghidap sindrom demensia di Malaysia. Kadar ini meningkat mengikut umur penuaan dan lebih banyak mensasarkan kepada wanita yang berpendidikan rendah. Peningkatan kepadatan penduduk warga emas di Malaysia amat membimbangkan dalam menangani kes demensia, juga diunjurkan akan meningkat dengan ketara pada masa akan datang. Penghidap penyakit demensia berhadapan dengan kebimbangan dan kemurungan, masyarakat menganggap ia merupakan simptom kecelaruan fikiran biasa yang berlaku dalam kalangan warga emas. Malangnya, jika tidak dirawat dengan baik akan menjejaskan kualiti hidup warga emas dan penjaga mereka kerana penurunan tahap kesihatan secara mendadak dan membahayakan nyawa warga emas tersebut. Keunikan karya ini ialah penulis/ pensyarah UKM berlatar belakang multi- disiplin (sains sosial, perubatan dan sains kesihatan). Buku ini menyediakan strategi penjagaan demensia dalam memberi roadmap kesedaran perkembangan dan tahap-tahap kemerotosan fungsi kognitif. Kandungan buku ini merangkumi kenali demensia; tingkah laku merayau dalam kalangan warga emas; pengurusan perubatan dan rawatan intervensi klinikal; menghadapi cabaran sebagai penjaga warga emas demesia; akhirnya disyorkan strategi dan tindakan penjaga warga emas demesia bagi memberi kesan positif, penyesuaian keperibadian sosial yang bagi dan kenangan yang paling diingati dalam kalangan warga emas. Buku ini mampu menjadi sumber rujukan penting kepada penjaga warga emas di rumah, hospital dan institusi; pengamal dan pembuat dasar dan sesiapa sahaja yang berminat dalam bidang penjagaan warga emas demensia. 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: