Wanita Islam pada era kontemporari menghadapi banyak cabaran dan dilema terutamanya dengan kebangkitan konservatisme atau ekstremisme Islam di peringkat global. Penggunaan Islam sebagai ideologi dan sumber undang-undang pada dasar awam dalam konteks masyarakat dianggap sangat mendiskriminasi dan menindas wanita. Buku ini membawakan pemikiran seorang tokoh reformis Islam, Badiuzzaman Said Nursi dan karyanya Risalah An-Nur sebagai usaha dan perjuangan membendung keruntuhan iman wanita Islam di Turkiye. Penulis ini turut menggariskan kedudukan wanita Islam dalam menghadapi cabaran pemikiran dan pengamalan sekularisme di Turkiye sebelum kewujudan Risalah An-Nur. Badiuzzaman Said Nursi menyimpulkan, kesan daripada budaya dan gaya hidup golongan Barat merupakan suatu bentuk ancaman terhadap kemuliaan dan martabat wanita Islam. Ia menyimpang jauh dari syariat dan panduan hidup yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below:


