Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Dalam era ekonomi digital yang berkembang pesat, ekonomi gig muncul sebagai wajah baharu dunia pekerjaan moden. Ia menawarkan fleksibiliti, kebebasan masa dan peluang pendapatan kepada pelbagai lapisan masyarakat, khususnya golongan muda, suri rumah, pesara dan pekerja bebas. Namun di sebalik daya tarikannya, sektor ini turut memperlihatkan realiti yang lebih kompleks seperti pendapatan yang tidak menentu, perlindungan sosial yang masih memerlukan pengukuhan, risiko keselamatan pekerjaan, serta ketidakseimbangan kuasa tawar menawar antara pekerja gig dengan platform digital. Ekonomi Gig: Antara Fleksibiliti dan Realiti menghimpunkan analisis ilmiah daripada pelbagai bidang termasuk undang-undang, ekonomi buruh, dasar awam, pengurusan, keselamatan pekerjaan dan perspektif ekonomi Islam. Buku ini meneliti perkembangan ekonomi gig di Malaysia, cabaran yang dihadapi oleh pekerja gig, serta kepentingan pelaksanaan undang-undang dan dasar yang lebih inklusif selepas pembentangan Rang Undang-Undang Pekerja Gig dan pengiktirafan hak pekerja gig dalam kerangka perundangan negara. Dengan kupasan yang seimbang antara peluang dan kerentanan, buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh ahli akademik, pembuat dasar, pengamal industri, mahasiswa, persatuan pekerja dan masyarakat umum yang ingin memahami masa depan pekerjaan gig di Malaysia

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: