Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini membincangkan pemulihan pesalah kanak-kanak yang diperintah melaksanakan Perintah Bon Berkelakuan Baik di bawah seksyen 91(1)(b) AKK 2001, dari perspektif undang-undang dan kerja sosial. Buku ini meneliti kesejajaran dasar dan praktis pemulihan berasaskan komuniti dengan peruntukan instrumen antarabangsa seperti Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CRC), teori sains sosial, praktis-praktis di negara maju serta pendekatan program pemulihan pemulihan kerja sosial yang dikenali sebagai Terapi Pelbagai Sistem. Gandingan perspektif perundangan dan kerja sosial adalah penting dalam praktis kerja sosial kanak-kanak dan remaja kerana sistem kebajikan kanak-kanak dibangunkan bersama-sama dengan sistem perundangan khusus untuk kanak-kanak. Praktis kerja sosial pemulihan kanak-kanak perlu sejajar dengan perundangan berkaitan kanak-kanak, serta keperluan-keperluan yang disyorkan oleh instrumen-instrumen separa perundangan antarabangsa berkaitan kebajikan hidup kanak-kanak. Kesejajaran ini kritikal bagi memastikan usaha-usaha pemulihan yang dijalankan pada kanak-kanak bukan sahaja mengikut acuan perundangan negara; malah memastikan semua intervensi pemulihan yang disampaikan mengikut agenda pembangunan kanak-kanak sejagat, serta dapat membantu memulihkan kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang yang optimum.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: