Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Malaysia sedang berusaha ke arah mencapai dua matlamat sosial yang utama: membasmi kemiskinan dan menyusun semula ekonomi yang tidak seimbang di kalangan berbagai ras. Buku ini meninjau kecapaian ekonomi Malaysia sejak tahun 1960, membincangkan isu-isu semasa dan menjangkakan masa hadapannya. Di antara tema-tema utamanya termasuklah pendapat bahawa pertumbuhan yang pesat itu perlu bagi mencapai matlamat sosial di Malaysia dan bahawa sumber negara yang mewah mewujudkan peluang dalam konteks membantu pembangunan yang pesat. 
    Bersandarkan secara menyeluruh kepada rancangan penyelidikan bank dunia di Malaysia dalam tahun 1970-an, penganalisaannya menunjukkan bahawa kewujudan kemiskinan yang berterusan secara meluas, beserta dengan kedudukan bahan sumber yang baik dalam sektor awam, secara langsung mencadangkan perluasan rancangan awam bagi mengurangkan kadar kemiskinan. Penganalisaannya juga menggariskan halangan-halangan yang besar ke atas usaha Malaysia untuk mencapai pertumbuhan yang pesat dan meluaskan rancangan pembasmian kemiskinan dalam sektor awam. 
    Malaysia, Pertumbuhan dan Keadilan dalam Masyarakat Majmuk ialah sekumpulan esei oleh beberapa orang pengarang. Tiga bab yang awal memberi suatu pandangan menyeluruh mengenai pencapaian dan peluang ekonomi Malaysia. Bab-bab lain member tumpuan khusus kepada tajuk-tajuk: export, pekerjaan, pengagihan pendapatan, polisi perindustrian, isu-isu kewangan dan belanjawan, pertanian, kemiskinan desa dan kemudahan-kemudahan perkhidmatan asas kepada golongan miskin. 
    Kevin Young dan Willem Bussink ialah Ahli Ekonomi Kanan dan Parvez Hasan pula ialah Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi kawasan Asia Timur dan Pasifik.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: