Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Bab 1: Perusahaan Perikanan Pada Zaman Kesultanan Sulu 
Bab 2: Perusahaan Perikanan Di Borneo Utara Di Bawah Pentadbiran British North Borneo Chartered Company (Bnbcc) (1881-1941) 
Bab 3: Perusahaan Perikanan Borneo Utara Di Bawah Pentadbiran Jepun Dan Tanah Jajahan Mahkota (1942-1963) 
Bab 4: Peranan Kerajaan Pusat Dalam Pembangunan Perusahaan Perikanan Sabah (1963-1990) 
Bab 5: Golongan Pemodal Dalam Perusahaan Perikanan Ekport Di Sabah (1963-1990) 
Bab 6: Penutup KAJIAN ini meneliti pembangunan dan perkembangan perusahaan perikanan di Borneo Utara pada 1750-1990. Pada pertengahan abad ke-18, pemungutan sumber laut dari Laut Sulu untuk memenuhi pasaran China merupakan landasan ekonomi Kesultanan Sulu. Pada akhir abad yang lalu, kerajaan Sulu telah runtuh dan bekas wilayahnya telah dijajah oleh Inggeris, Belanda, dan Sepanyol. Kepentingan sumber laut dan sumber hutan telah diambil alih oleh komoditi-komoditi perindustrian. 
    Namun demikian perusahaan perikanan tetap memainkan peranan penting dalam pasaran berubah mengikut masa, dan setiap kali berlaku perubahan akan mendorong pengorganisasian semula pelbagai aspek perusahaan perikanan seperti modal, buruh, teknologi, dan sebagainya. 
    Hanya selepas satu kurun barulah mereka yang terlibat dalam menguruskan modal mencapai kejayaan dalam industri perikanan ini. Pemodal mula menyedari landasan perusahaan perikanan dan sentiasa merancang untuk kejayaan di masa hadapan. Bagitupun, sehingga kini kerajaan Boneo Utara moden masih tidak berjaya mengulangi kegemilangan Kesultanan Sulu dalam penguasaan usaha pemungutan sumber laut. Kajian ini membuktikan usaha yang dijalankan oleh pihak pemerintah gagal mengenal pasti jalinan perhubungan antara pasaran, modal, teknologi, dan tenaga manusia.

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: