Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Lee Hau Shik (1901-1988) atau lebih dikenali sebagai H.S. Lee
merupakan salah seorang pengasas Malayan Chinese Association
(MCA) dan terlibat secara langsung dalam pembentukan Parti
Perikatan, iaitu Barisan Nasional hari ini. Beliau juga merupakan menteri
kewangan yang pertama bagi Tanah Melayu yang baru merdeka. Lahir
di Hong Kong dan lulusan University of Cambridge, Lee tiba di Tanah
Melayu pada usia 24 tahun untuk meneroka perniagaan keluarganya
dalam perlombongan bijih timah. Beliau kemudian muncul sebagai
seorang pejuang kemerdekaan Tanah Melayu dan merupakan satusatunya
orang Cina yang mewakili Tanah Melayu dalam rundingan
kemerdekaan dengan British.
Buku ini bukan hanya sebuah biografi politik H.S. Lee, tetapi juga
merupakan satu kajian sejarah perniagaan dalam kajian perniagaan
keluarga yang merentasi tiga generasi. Beberapa bidang industri yang
kita lihat hari ini di Malaysia adalah milikan keluarga Lee suatu masa
dahulu. Sesungguhnya, buku ini turut mencatatkan detik-detik penting
dalam sejarah Malaysia serta membantu pembaca memahami sifat dan
jenis kepimpinan yang berbeza dalam masyarakat Cina di Tanah Melayu.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: