Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sosial: Teori dan Amalan mengupas isu-isu kritikal yang mempengaruhi perkembangan pendidikan sains sosial dalam menghadapi perubahan sejajar dengan alaf baru. Trend baru yang mendominasi pendidikan sains sosial seperti pengaruh globalisasi, inovasi dan kreativiti, teknologi komunikasi maklumat, literasi budaya, pembelajaran pelbagai kecerdasan, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, domain moral, pembelajaran berasaskan masalah, dan penyelidikan tindakan adalah persoalan yang dibincangkan untuk membolehkan guru sains sosial bersedia melaksanakan pembaharuan-pembaharuan yang diperlukan. 
    Di samping itu, buku inijuga membahaskan aspek-aspek polisi, kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan penyelidikan untuk guru-guru sains sosial yang dianggap kritikal di negara-negara membangun. Selain itu ia turut mencadangkan pembaharuan-pembaharuan pedagogi pengajaran dan kurikulum yang perlu dilaksanakan di sekolah. 
    Buku ini sesuai dibaca oleh para pendidik, pensyarah maktab dan universiti, perancang pendidikan, dan sesiapa sahaja yang berminat untuk mendapatkan pengetahuan tentang pendidikan khususnya pendidikan sains sosial. Bagi pelajar yang mengikuti kursus sarjana pendidikan sains sosial, buku ini boleh digunakan sebagai asas pengajaran-pembelajaran dan memahami aspek kurikulum sains sosial.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: