Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

TRANSFORMASI PENDIDIKAN NASIONAL – Antara Aspirasi dan Anjakan
mengandungi dua puluh tujuh artikel. Kandungannya memaparkan pelbagai analisis
sub tema untuk mencetuskan kesedaran tentang cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
sistem pendidikan nasional ke arah mencapai aspirasi strategik yang dihasratkan oleh
dasar pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Artikel-artikel berkaitan telah dipilih dengan tujuan menggalakkan para pemimpin
pendidikan, pelaksana dasar dan golongan masyarakat berkepentingan, terutama
sekali semua pendidik di sekolah dan bilik darjah, supaya sentiasa memikirkan tentang
strategi, pendekatan dan metodologi baru yang lebih inovatif dan berkesan untuk
menghidupkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang transformatif
bagi mencapai semua aspek tentang aspirasi sistem dan aspirasi pelajar yang
dihasratkan dalam pelan tersebut.
Himpunan artikel yang terpilih ini meliputi lima bidang tema iaitu: transformasi
dasar, transformasi kurikulum, transformasi kepemimpinan dan pengurusan
sekolah, transformasi penilaian dan pentaksiran pembelajaran.dan transformasi
pendidikan tinggi. Terkandung dalam tema-tema tersebut ialah sorotan idea para
penulis tentang dasar dan kurikulum transformatif masa depan; pendekatan siber,
digital dan ICT dalam pembelajaran; pedagogi, penilaian dan amalan pentaksiran;
ketrampilan bahasa dan komunikasi (Melayu, Inggeris dan Bahasa dan bahasa
ketiga), pendidikan khas dan inklusif; pendidikan agama, moral dan etika serta
identiti nasional; pendidikan teknikal dan vokesionall; pendidikan sains, teknologi,
kejuruteraan dan matematik (STEM); keguruan dan profesionalisme; kemahiran
berfikir aras tinggi, kreativiti dan inovasi; penglibatan ibu bapa dan komuniti
berkepentingan; kemahiran insaniah dan pembangunan pelajar; dan keselarasan
program pembangunan pendidikan tinggi dan sebagainya.
Buku ini adalah sesuai dibaca oleh Pegawai-pegawai di Kementerian
Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, para
Pengetua, Guru Besar, Guru-guru, Ibu Bapa dan orang perseorangan yang berminat
dalam aspek transformasi pendidikan nasional.

..........................................................................................................................................

Hussein Haji Ahmad dan Mohammed Sani Ibrahim adalah Felo Penyelidik Kanan di Jabatan
Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya yang
merupakan tokoh-tokoh pendidikan yang terlibat secara langsung dalam transformasi pendidikan
nasional di Malaysia.


Ahmad Zabidi Abdul Razak ialah Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan) di Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya sementara Muhammad Faizal Abd Ghani, Norlidah Alias,
Dorothy DeWitt dan Husaina Banu Kenayathulla adalah pensyarah-pensyarah di Jabatan
Pengurusan, Perancangan dan Dasar Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: