Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Bab 1: Pendahuluan 
Bab 2: Pendekatan Yang Dicadangkan 
Bab 3: Pemisahan Campuran Sebatian Organik 
Bab 4: Ujian Pengelasan Secara Kimia 
Bab 5: Penyediaan Terbitan 
Bab 6: Laporan Untuk Pengenalpastian Sebatian Yang Tidak Diketahui 

PENGENALPASTIAN sebatian organik adalah penting bagi ahli kimia organik amnya dan ahli kimia hasil semula jadi khasnya kerana bidang penyelidikan mereka sering melibatkan pemisahan dan pengasingan sebatian-sebatian organik sama ada yang diketahui ataupun yang tidak diketahui. 
    Menyedari hakikat inilah kaedah untuk mengenalpastikan sebatian organik telah dimasukkan sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran amali kimia organik di peringkat sarjana muda sains kursus kimia di universiti-universiti tempatan. Para pelajar yang mengikuti kursus kimia perlu diajar cara yang betul dan bersistem dalam mengenalpastikan sesuatu sebatian organik itu agar mereka menjadi ahli kimia yang lebih mahir dan cekap. 
    Buku Kaedah Kimia dalam Pengenalpastian Sebatian Organik diterbitkan untuk memenuhi keperluan pelajar yang mengikuti kursus kimia di Universiti Malaya khasnya dan di universiti-universiti tempatan lain amnya. Buku ini lebih menitikberatkan analisis organik kualitatif klasik.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: