Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Pengajaran guru di bilik darjah adalah antara perkara utama dalam proses menyampaikan ilmu dan pengetahuan kepada murid. Justeru, pengajaran
perlu bermakna dan seharusnya ‘sampai’ ke hati dan minda mereka. Pelajar masa kini adalah generasi Z yang mempunyai minat dan corak
kebebasan tersendiri dalam proses pembelajaran mereka. Pelaksanaan pengajaran menggunakan pendekatan heutagogi dipercayai dapat memenuhi corak dan cita
rasa pembelajaran yang mereka kehendaki. Menyedari hakikat peri pentingnya perubahan penyampaian pendidikan guru, maka buku ini diinspirasikan oleh para
penulis buat rujukan dan telaah pembaca khusus dan umum. Buku Heutagogi dalam Pengajaran di Bilik Darjah: Analisis dan Strategi Pelaksanaan ini merupakan
sebuah buku akademik dengan rujukan ilmiah, namun masih memiliki pendekatan bahasa yang mudah, jelas dan berupaya untuk diaplikasi oleh pembaca. Terdapat
lima topik utama yang membincangkan tentang Apakah Heutagogi, Teori dan Model Heutagogi, Konsep Pengajaran, Pelaksanaan Pendekatan Heutagogi dan
Cabaran Pelaksanaan Heutagogi. Kelima-lima topik ini disusun mengikut bab dan perbincangan topik juga diringkaskan dalam bentuk grafik bagi memudahkan para
pembaca. Perbincangan terhadap topik-topik ini dilakukan secara kritis beserta huraian dari sudut perspektif Islam dan Barat serta mencakupi kupasan dalam
konteks pengajaran dan pembelajaran. Perbincangan analitikal, kritis dan sulaman isi terkini terhadap kandungan dan isu pengajaran dan pembelajaran menjadikan
buku ini wajar dijadikan rujukan asas bagi membantu para pelajar, pendidik, golongan sarjana, para pengkaji serta masyarakat awam memahami dengan lebih
jelas tentang pendekatan heutagogi yang bersifat lestari untuk pembelajaran sepanjang hayat. Diharapkan manfaat buku ini dapat dikongsi bersama dengan
para guru dan pendidik, para ibu bapa, pemimpin masyarakat, ahli akademik, para penyelidik dan pelajar peringkat menengah dan tinggi.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: