Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Fenomena perubahan iklim dunia mendesak kepada penggubalan polisi dan strategi perancangan dan pembangunan bandar yang mesra alam dan mapan. Salah satu strategi yang boleh digunakan adalah mewujudkan bandar yang mesra pejalan kaki. Selain mewujudkan persekitaran bandar yang bersih daripada asap kenderaan, bandar yang mesra pejalan kaki dapat meningkatkan kualiti hidup bandar serta memberi nilai tambah kepada sesebuah destinasi pelancongan warisan. Buku ini menghuraikan konsep mesra pejalan kaki dan elemen-elemen berkaitan. Ia juga mengetengahkan potensi dan faedah mewujudkan persekitaran bandar yang mesra pejalan kaki di tapak warisan dunia, Bandaraya Melaka Bersejarah. Bandar raya yang sudah sedia mempunyai penduduk asal serta sentiasa dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara, sudah tentu ia sentiasa berhadapan dengan keadaan sesak bukan sahaja dari segi kesesakan lalu lintas malah kesesakan orang ramai. Oleh itu, suasana mesra pejalan kaki yang tinggi boleh meningkatkan kualiti hidup dan pengalaman seseorang pengguna melalui pengaktifan sensori yang membolehkan seseorang pengguna menghayati elemen alam bina di bandar warisan.
Buku ini juga mengetengahkan undang-undang yang berkaitan dengan pemuliharaan warisan alam bina di bandar warisan. Selain itu, buku ini juga menerangkan konsep jaringan siar kaki dan hasil kajian yang berkaitan dengan mesra pejalan kaki yang telah dijalankan di Bandaraya Melaka Bersejarah. Penulis juga memberi contoh-contoh mesra pejalan kaki yang terdapat di luar negara yang boleh diadaptasi di bandaraya ini. Ditulis oleh sekumpulan pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam Perancangan Bandar, buku ini dilihat sebagai karya akademik yang sesuai digunakan sebagai rujukan perancang bandar dan juga mereka yang terlibat dalam bidang pembangunan pelancongan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: