Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Kisah bermula apabila Alisa terjatuh ke dalam sebuah lubang arnab dan muncul di dalam dunia yang aneh. Dia mendapati yang dia boleh membesar dan mengecil, berjumpa dengan haiwan yang pandai berkata-kata, dan menyedari bahawa bahasa kadangkala tidak membawa makna. Dia juga bertemu dengan seekor Ulat Bulu yang menghisap hookah, seekor burung dodo, Duchess yang mempunyai bayi ganjil dan kucing Cheshire yang selalu tersengih. Alisa disuruh oleh Kucing tersebut supaya pergi ke jamuan teh di rumah Si Pembuat Topi Gila, Arnab Mac, dan Tikus Belanda. Terdapat juga seorang Ratu yang sebenarnya hanyalah daun terup Hati. Ratu memperkenalkan Alisa kepada makhluk raksasa yang dipanggil Grifon. Makhluk ini membawanya berjumpa Penyu Tiruan dan mereka bercerita kepada Alisa tentang hal-hal pelik zaman persekolahan mereka, kemudian menari tarian yang digelar Quadril Udang Kara. Akhir sekali, Alisa dipanggil untuk memberikan keterangan dalam satu perbicaraan mahkamah. Alisa mendapati perbicaraan tersebut tidak masuk akal, jadi dia melemparkan watak-watak kad tersebut ke udara. Tiba-tiba dia terjaga. Rupa-rupanya dia bermimpi dan mendapati dirinya kembali di tebing sungai bersama-sama kakaknya. Lebih dari satu abad setengah, pembaca bahasa Inggeris telah menikmati cerita ‘Alice’s Adventures in Wonderland’ ini. Selama bertahun-tahun pula, pembaca dalam bahasa-bahasa lain, telah
dapat berkongsi pengalaman membaca cerita yang penuh keanehan dan mainan kata ini, melalui terjemahan. Akhirnya, pada kali ini, barulah pembaca bahasa Melayu dapat menikmati cerita ‘Alice’s Adventures in Wonderland’ yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Dr Zubaidah Ibrahim-Bell dan Dr Jawakhir Mior Jaafar.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: