Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Makna: Konsep dan Komunikasi membincangkan
topik-topik yang penting dalam bidang semantik dan
pragmatik. Kandungan buku ini memperjelas hubungan
yang wujud antara makna dan komunikasi yang perlu
didahului dengan pengetahuan konsep-konsep asas
yang wujud dalam kedua-dua bidang selain aspek
sejarah dan teorinya. Bagi mempermudah pemahaman
para pembaca, contoh-contoh yang dipaparkan dalam
perbincangan memanfaatkan contoh-contoh autentik
Melayu yang hampir dengan persekitaran pengguna
bahasa Melayu.
Dengan mengambil kira sasaran utama khalayak
buku ini ialah para pelajar dan pengajar dalam bidang,
setiap satu bab diakhiri dengan subtopik Uji Minda.
Uji Minda bertujuan menguji tahap pengetahuan
dan pemahaman selain mencabar minda pembaca
bagi menghuraikan beberapa kasus yang diberikan.
Uji Minda ini tentu sahaja akan dapat mencetus
buah fikiran yang baharu dengan contoh-contoh
yang relevan dan bersifat semasa. Situasi ini tentulah
bermanfaat dalam kalangan pelajar khususnya.
Kekuatan buku ini bertitik tolak daripada
kurangnya buku, perbincangan dan paparan contoh
autentik Melayu dan bersifat semasa dalam bidang
semantik dan pragmatik Melayu. Inilah yang menjadi
pemangkin kepada pemilikan buku ini dalam kalangan
pembacanya, iaitu memperlengkap bahan bacaan,
rujukan dan pengetahuan yang sedia ada dalam
korpus bahasa Melayu. Oleh itu buku ini perlu dimiliki
oleh semua pelajar, pengajar dan pembaca umum yang
berminat dalam kedua-dua bidang ini.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: