Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Tali pusat dan plasenta merupakan organ penting dalam proses kehamilan seorang ibu yang mempunyai peranan menyalurkan sumber nutrisi dan oksigen, dan proses perkumuhan janin dalam kandungan. Namun, apabila bayi dilahirkan, kedua-dua organ
ini sudah tiada fungsi. Malah tali pusat akan dipotong dan plasenta akan dilupuskan.

Walaupun begitu, kedua-dua organ ini mendapat perhatian ramai dari aspek perubatan, budaya dan agama Islam. Ia ekoran polemik tentang pemotongan tali pusat dan pengurusan plasenta. Pada masa kini, amalan lotus birth telah berkembang dalam masyarakat Melayu. Terdapat pasangan yang memilih untuk menyimpan tali pusat dan plasenta bersama bayi dalam suatu tempoh dengan dakwaan wujudnya
manfaat tertentu.

Amalan ini bertentangan dengan prosedur perubatan pascakelahiran bayi. Ini kerana tali pusat bayi akan dipotong dan plasenta akan diserahkan kepada keluarga bayi atau dilupuskan.

Dalam masyarakat Melayu, plasenta atau uri mempunyai kedudukan yang istimewa. Ia dibersihkan dengan bahan tertentu dan ditanam. Terdapat juga amalan-amalan lain seperti menanam bersama-sama paku dan pensel dengan pemilihan lokasi tertentu. Ia disertai dengan kepercayaan tertentu.

Dalam perspektif hukum Islam, tiada nas yang jelas berkaitan pengurusan tali pusat dan plasenta. Ia umpama organ yang terpisah dari manusia tanpa fungsi dan boleh dilupuskan.

Justeru buku ini menyajikan perbincangan berkaitan pengurusan tali pusat dan plasenta pascakelahiran bayi dari perspektif perubatan, lotus birth, adat kelahiran Melayu dan hukum Islam.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: