Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini membincangkan kesan pelaksanaan lima domain utama Jadual Matrik Program Pemulihan dalam Komuniti (PDK) iaitu domain kesihatan, pendidikan, sosial, kehidupan dan pemerkasaan ke atas aktiviti harian pelatih PDK. Secara
umumnya buku ini cuba memberi gambaran berkenaan dengan keadaan kemudahan dan perkhidmatan yang sedia ada dalam program PDK di Malaysia dan membandingkan dengan kemudahan dan perkhidmatan yang sepatutnya ada di dalam program PDK bagi meningkatkan kebolehan pelatih Orang Kurang Upaya melakukan aktiviti harian mereka. Buku ini juga menerangkan berkenaan kebolehan pelatih PDK melakukan aktiviti harian berdasarkan kepada empat aktiviti utama, iaitu kebolehan makan dan minum, pergerakan, pengurusan diri serta asas pendidikan 3M (membaca, menulis, mengira). Malah buku ini mengajak pembaca memahami kewujudan halangan-halangan yang boleh menganggu kebolehan pelatih PDK untuk melakukan aktiviti harian mereka. Buku ini amat sesuai di baca dan diharap mampu memberi maklumat yang bermanfaat kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan Program Pemulihan dalam Komuniti, para pendidik, para pelajar, ibu bapa yang mempunyai anak istimewa, aktivis dan sukarelawan juga kepada individu yang berminat untuk membantu golongan istimewa menerusi penglibatan masyarakat dalam aktiviti di Pusat PDK.


Dr. Sakinah Sidek merupakan Pensyarah Kanan dalam bidang Kerja Sosial di Jabatan Pengajian Malaysia, Fakulti Sains Kemanusian, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung
Malim, Perak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D daripada Universiti Malaya.


Dr. Haris Abd. Wahab merupakan Profesor dalam bidang Pembangunan Komuniti di Jabatan Pentadbiran dan Keadilan Sosial, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya.
Beliau memperoleh Ijazah Bacelor Sains dan Master Sains daripada Universiti Putra Malaysia serta Ph.D daripada Universiti Malaya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: