Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini meneliti struktur pentadbiran kewangan Johor sepanjang 1896-1957 berdasarkan beberapa kategori ekonomi yang berhubung kait. Sejarah ekonomi Johor dilihat dari sudut keseluruhan trend ekonomi pasaran dunia; pelaburan modal dalam pelbagai sektor ekonomi; perubahan demografi hasil tidak balas terhadap permintaan buruh dan pasaran tempatan; bentuk dan struktur pentadbiran kewangan negeri; hasil pendapatan daripada kastam, lesen dan duti eksais, cukai tanah dan bentuk-bentuk pendapatan lain; dan perbelanjaan negeri bagi gaji kakitangan, pencen, kos pentadbiran dan pembinaan prasarana; serta pengurusan lebihan wangnya. Pentadbiran Kolonial British di Johor selama 45 tahun memberikan tumpuan untuk menghasilkan seberapa banyak lebihan wang yang kemudiannya ditabung dan dilaburkan dalam bentuk simpanan tunai, simpanan tetap dan yang lebih penting, dilaburkan dalam portfolio kewangan di beberapa tempat dalam empayar British. Pentadbiran Tentera Jepun yang singkat dalam keadaan kelumpuhan pasaran dunia akibat Perang Dunia Kedua telah melaksanakan pentadbiran kewangan bentuk baru yang tersendiri yang disesuaikan dengan keadaan serba kekurangan di bawah pentadbiran pusat oleh Pentadbiran Gunseikanbu. Selepas Perang Dunia Kedua, Pentadbiran Kolonial Persekutuan yang mengambil alih tampuk pemerintahan telah melaksanakan pentadbiran kewangan Johor menerusi “Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948". Di bawah pentadbiran pusat ini, Johor telah kehilangan autonomi kewangan bersama-sama lebihan wangnya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: