Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Roff bukan sahaja mengisi suatu kekosongan, bahkan
telah menulis sesuatu yang dengan wajarnya dapat
diistilahkan sebagai sejarah sosiologis yang pertama
tentang masyarakat Melayu moden. Buku ini bukanlah
sebuah karya sejarah yang berupa pemeriksaan terhadap
perubahan sosial yang ditimbulkan oleh keadaan sekeliling yang
berubah, iaitu munculnya golongan atasan yang baru dalam
lapangan politik yang menjadi inti analisisnya.
Kita diperkenalkan dengan tiga golongan atasan, yang berbezabeza
kerana asal-usul sosial mereka dan yang lebih penting lagi,
oleh orientasi pendidikan dan seterusnya kebudayaan dan politik
mereka. Yang mula-mula di antara mereka datang daripada
borjois Islam yang warak, yang kebanyakannya tinggal di Negerinegeri
Selat. Golongan yang kedua ialah intelek Melayu. Mereka
memperoleh pendidikan di sekolah-sekolah Melayu dan datang
daripada kalangan petani dan bukan daripada latar belakang
kota. Golongan yang ketiga ialah orang-orang Melayu yang
rapat dengan istana serta mendapat pendidikan Inggeris. Oleh
sebab mereka menikmati kedudukan dan kemudahan tradisional
serta pendidikan moden, maka golongan ini, dengan hubungan
rapatnya dengan penjajah, menjadi golongan yang dominan
dalam perjuangan nasionalisme Melayu.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: