Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini merupakan satu usaha mengetengahkan peranan dan sumbangan orang
Melayu dalam penubuhan Universiti Malaya di Singapura pada tahun 1949.
Persoalan sama ada orang Melayu ada peranan atau sebaliknya dalam penubuhan
Universiti Malaya di Singapura pada 1949 timbul apabila tulisan-tulisan sedia ada
sama ada yang hasilkan oleh sarjana tempatan mahupun sarjana antarabangsa; dan
juga laman web National University of Singapore (www.lib.nus.edu.sg) tidak
membincangkan peranan dan sumbangan yang diberikan oleh orang Melayu dalam
usaha menubuhkan Universiti Malaya di Singapura. Sebaliknya, tulisan-tulisan
sedia ada hanya memberi fokus terhadap peranan dan sumbangan orang bukan
Melayu termasuklah kerajaan British dalam merealisasikan penubuhan Universiti
Malaya di Singapura pada 1949. Peranan dan sumbangan orang bukan Melayu dan
kerajaan British pada ketika itu untuk menubuhkan Universiti Malaya di Singapura
memang ada, dan tidak boleh dinafikan. Dalam masa yang sama, berdasarkan
sumber-sumber primer yang tersimpan di Arkib Negara Malaysia, maka maklumat
yang betul dan seimbang perlu diberikan kepada umum. Dengan demikian, buku
ini berusaha untuk memberi pencerahan dengan mengenal pasti peranan dan
sumbangan orang Melayu, khasnya orang persendirian, pemodal, cendekiawan,
guru, pembesar dan institusi Raja-Raja Melayu dalam penubuhan Universiti
Malaya di Singapura pada 1949. Buku ini adalah rujukan penting untuk
mengetahui sejarah awal penubuhan Universiti Malaya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: