Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Sejarah perjuangan mendaulatkan penubuhan negara Islam Aceh dipenuhi dengan
cabaran dan halangan, walaupun kerajaan Islam Aceh telah jelas terbentuk sejak zaman
awal moden, namun perubahan politik yang berlaku pada akhir abad ke-18 telah
merubahnya. Kajian ini merungkai bagaimana kehadiran kuasa luar, seperti Belanda,
Jepun dan penubuhan negara Indonesia telah mencabar dan menghalang kepada penubuhan
negara bangsa Aceh. Permasalahan ini bertambah kusut selepas Perang Dunia Kedua, apabila
perjuangan mendaulatkan kerajaan Islam Aceh telah berubah dari sebuah gagasan perjuangan
untuk menubuhkan kerajaan Aceh yang berdaulat kepada perjuangan menuntut pelaksanaan
Syari’at Islam dilaksanakan dalam lingkungan negara Indonesia. Seterusnya pada tahun 1976,
perjuangan untuk menubuhkan sebuah negara yang merdeka telah diteruskan oleh Gerakan
Aceh Merdeka (GAM) yang menuntut kemerdekaan sepenuhnya dan penubuhan sebuah
negara Islam. Antara persoalan kajian yang mendasari kajian ini adalah mengapakah kuasa luar
menjajah Aceh yang merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat dan merdeka, bagaimanakah
tindak balas Aceh untuk mempertahankan kedaulatan negara Islam Aceh, bagaimanakah
usaha penentangan gerakan Darul Islam Aceh terhadap Kerajaan Pusat Indonesia dan apakah
matlamat penubuhan GAM. Bertolak daripada persoalan ini, objektif kajian ini adalah:
menganalisis faktor-faktor utama kuasa luar menjajah Aceh yang merupakan sebuah kerajaan
yang berdaulat dan merdeka, usaha-usaha Aceh untuk mempertahankan kedaulatan Aceh
terhadap kuasa luar, penentangan gerakan Darul Islam Aceh (DI-Aceh) terhadap Kerajaan Pusat
Indonesia dan matlamat penubuhan GAM serta penubuhan negara Islam Aceh. Hasil kajian
mendapati bahawa perjuangan mendaulatkan Aceh menjadi negara merdeka dan berdaulat
sejak tahun 1873-2005 mengalami pasang surut, namun tetap berterusan. Ini merupakan
dinamika perjuangan untuk mendaulatkan penubuhan negara Islam Aceh. Akhirnya penemuan
kajian ini menyimpulkan bahawa sejarah perjuangan mendaulatkan Aceh sebagai sebuah
negara bangsa yang merdeka dan mendaulatkan daulah Islamiah sepenuhnya, masih jauh dari
harapan dan cita-cita pengasasnya.

 

----------------------------------------
Yusra Habib Abdul Ghani dilahirkan di Kampung Kenawat, Aceh-Tengah adalah sarjana perundangan dan
sejarah Aceh. Merupakan seorang penulis bebas berkelulusan Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan
Malaysia dan menetap di Copenhagen, Denmark. Beliau kini adalah Director Institute for Ethnics Civilization
Research, Copenhagen, Denmark. Memiliki latar belakang pendidikan Undang-undang dari Fakultas Hukum
Universiti Muhammadiah Jakarta dan Fakultas Hukum Universiti Indonesia serta berjaya diterima sebagai
Asisten Advokad daripada Ikatan Advokad Indonesia. Beliau pernah menjadi pensyarah Undang-undang
di Fakultas Hukum Universiti Muhammadiah Jakarta. Selain terlibat sejak awal lagi dalam perjuangan
menubuhkan gagasan Aceh merdeka beliau juga adalah Pengasas Institute for Ethnics Civilization Research
Denmark serta berkhidmat di Perpustakaan Meninghed Fakulti (Fakulti Kepercayaan) Universiti Aarhus,
Denmark. Walaupun kini menetap di Eropah namun hati dan jiwanya masih kental untuk melihat sejarah
kegemilangan Aceh berulang kembali dan amat aktif dalam memberikan pandangan mengenai sejarah Aceh
di persidangan dalam dan luar negara. Hasil kajiannya telah diterbitkan dalam pelbagai penulisan ilmiah
seperti buku dan artikel mengenai sejarah Aceh.


Nordin Hussin adalah Profesor dalam bidang Sejarah Sosial dan Ekonomi di Pusat Sejarah, Politik dan Strategi,
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau menerima ijazah Doktor Falsafah
dari Universiti Amsterdam dan mengkhusus dalam bidang Sejarah Sosial dan Ekonomi zaman kolonial dan
pascakolonial di Malaysia dan Asia Tenggara. Sebahagian besar hasil karyanya telah diterbitkan dalam bentuk
buku dan makalah dalam jurnal pada peringkat dalam negara dan antarabangsa. Hasil tulisan beliau pernah
memenangi Hadiah Buku International Convention of Asian Scholars (ICAS) Universiti Leiden, The Netherlands
dan Anugerah Akademik Negara (AAN) bagi kategori Anugerah Buku Terbaik.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: