Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

BUKU Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan ini membantu anda dari dua sudut. Yang pertama adalah untuk memahami dan menguasai peraturan serta prinsip-prinsip asas kenahuan yang melibatkan penggunaan imbuhan, kata, frasa, klausa dan ayat. Yang kedua pula adalah untuk memahami dan menguasai cara bagi menghasilkan kesan yang terbaik bagi setiap wacana yang dihasilkan, dan ini melibatkan penekanan tentang tujuan, gaya dan strategi bahasa. 
    Bagi mencapai kedua-dua tujuan tersebut, anda dilatih untuk memahami konsep-konsep asas tentang nahu dan gaya dan bagaimana bentuk-bentuk nahu dan gaya itu digunakan. Nahu bermakna peraturan yang menyusun bahasa dan ia merupakan cara orang bertutur dan menulis. Retorik pula ialah seni penulisan atau pengucapan yang berkesan iaitu yang memberikan tumpuan kepada gaya, strategi, bahan dan khalayak.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: