Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Artikel-artikel dalam buku ini adalah berasaskan ulasan kajian dan penerbitan mengenai Mahkamah Syariah di Malaysia dalam projek penyelidikan bertajuk “Keberkesanan Mahkamah Syariah Menangani Kes-kes Kekeluargaan Islam, Jenayah Syariah dan Mal di Malaysia”. Objektif utama penulisan buku ini adalah untuk mengadakan survei yang menyeluruh, tentang bahan penulisan dan penyelidikan yang telah dibuat dalam undang-undang Islam di Malaysia. Aspek-aspek yang disentuh adalah pelbagai mengikut kecenderungan penulis artikel tersebut seperti perkembangan sejarah, perbahasan konsep serta teori perundangan, isu dan faktor sesuatu isu atau polemik, analisis kepada metodologi penulisan dan penyelidikan atau sekadar penyenaraian bahan-bahan penerbitan yang pernah ditulis tentang undang-undang Islam di Malaysia dalam bidang kepakaran masing-masing. Perbincangan dalam buku ini adalah berdasarkan topik khusus dalam undang-undang Islam seperti yang diamalkan di Malaysia. Ia meliputi hampir kesemua bidang seperti kekeluargaan, jenayah, mal, prosedur, pusaka, zakat, wakaf, konflik perundangan, dan bidang kuasa mahkamah.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: