Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Kesalahan jenayah syariah di Malaysia telah mengalami pelbagai cabaran dan
pentafsiran sejak 40 tahun kewujudan dalam enakmennya yang tersendiri.
Buku ini meliputi perbincangan tentang kesalahan-kesalahan jenayah
syariah dan elemen-elemennya berdasarkan kategori yang diperuntukkan di
bawah Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah. Ia membabitkan kategori
kesalahan terhadap akidah, kesalahan terhadap kesucian Islam dan institusi
agama, kesalahan berkaitan tatasusila dan kesalahan pelbagai.
Turut dibincangkan ialah kesalahan-kesalahan yang terdapat di bawah
enakmen lain seperti kesalahan berkaitan perkahwinan dan akad nikah yang
termaktub di bawah Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.
Buku ini turut dimuatkan dengan kesalahan berkaitan pengembangan
agama bukan Islam dalam kalangan orang yang beragama Islam. Satu bab
khusus juga diperuntukkan bagi menghuraikan tentang perbuatan
pertukaran agama dan penentuan status agama di negara ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dr Siti Zubaidah Ismail berkepakaran dalam bidang undang-undang jenayah
syariah dan aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang keadilan jenayah,
perundangan jenayah syariah dan pelaksanaan undang-undang jenayah
syariah di negara-negara Islam

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: