Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini bertujuan mengenal pasti dan mengetahui persoalan politik kepartian dalam novel Melayu mutakhir. Antara persoalan yang akan dikenal pasti dan dibincangkan ialah isu dan persoalan politik kepartian semasa yang diungkapkan oleh empat orang novelis, serta sejauh mana relevannya dengan lingkungan sosiopolitik tanah air. Selain itu, buku ini juga membincangkan golongan pemimpin yang banyak diperkatakan dan dikritik oleh pengarang, serta tanggapan pengarang terhadap pemimpin dan kepemimpinan politik berkenaan. Amalan-amalan pemimpin politik dalam mengukuhkan kuasa dan kesan tindakan tersebut turut dikaji. Persoalan tentang bagaimana pengarang meleraikan atau menyelesaikan konflik turut dikaji. Secara khusus, buku ini akan meneliti persoalan-persoalan politik utama yang diungkapkan dalam novel Melayu mutakhir, di samping mengenal pasti kepemimpinan politik seperti yang digambarkan dalam novel yang dianalisis. Buku ini juga mahu mengenal pasti amalan politik dan kesan-kesan amalan itu di samping melihat kaitan persoalan politik yang dikemukakan dalam novel dengan realiti sosiopolitik di tanah air.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: