Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

MANTIK adalah pengantar falsafah manakala matematik adalah ratu ilmu. Mantik dan matematik menjadi bahtera dalam penerokaan lautan falsafah atau alat untuk penggelitaran ilmu yang bersumberkan akal. Walaupun kedua-dua ilmu itu adalah warisan silam khususnya Yunani, namun pengantar dan ratu ilmu itu telah berkembang subur dalam budaya ilmu Islam. Ilmuwan Islam melihat kedua-duanya menerusi kaca mata Islam. Mereka mempunyai tanggapan tersendiri mengenai kedudukan kedua-duanya dalam skema ilmu Islam. Buku ini mengandungi beberapa koleksi esei yang menarik mengenai matematik, mantik dan perkembangan ilmu dalam era keagungan. Buku ini menumpukan perbincangan secara khususnya tentang sumbangan tamadun Islam dalam ilmu yang berkaitan dengan mantic dan matematik menerusi sumber-sumber asli yang sahih. Penulis telah berjaya menunjukkan secara sah bahawa peranan sarjana Muslim dalam matematik dan mantik adalah besar. Tamadun Barat sangat terhutang budi kepada ilmuwan Muslim dalam perkembangan budaya ilmu di Eropah, khususnya dalam dua bidang yang dimaksudkan itu. Babak pemindahan tersebut diperjelaskan secara terperinci dalam buku ini. Selain itu, tamaduan Alam Melayu diperlihatkan sebagai kesinambungan perkembangan budaya ilmu tamadun induknya, iaitu tamadun Islam. Selama ini, terlalu jarang penulis tanah air memperkatakan seumbangan tamadun Melayu dalam matematik dan cabang-cabang. Bukti-bukti yang jelas menunjukkan ulama Nusantara telah menghasilkan karya yang bermutu dalam bidang berkenaan.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: