Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku Perspektif Bersepadu Sejagat dalam Pendidikan
Matematik dikonseptualisasikan dengan berasaskan
pengalaman lebih daripada 35 tahun sebagai pendidik,
penyelidik, dan penyelia pelajar sarjana dan doktor falsafah
di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ungkapan
perspektif bersepadu sejagat (PBS) pertama kali muncul secara
formal dan definit dalam domain ilmu perolehan pada tahun 1990.
Buku ini membekalkan penjelasan yang mendalam dan menyeluruh
tentang landasan dan rangka konseptual bagi perspektif bersepadu
sejagat sebagai satu pandangan tentang psikologi roh manusia;
tafsiran tentang kata kunci, konstruk, dan subkonstruk penting bagi
pendidikan matematik berlandaskan PBS; kegunaan PBS dalam
menghuraikan hubungan antara matematik dengan budaya; dan
transformasi kritikal bagi mencapai perubahan, pembangunan, dan
kemajuan yang berkualiti tinggi dalam pendidikan matematik.
Secara khusus, buku ini bertumpu kepada perkara pokok
seperti berikut: realiti pendidikan matematik dan rangka konseptual
bagi perspektif bersepadu sejagat; acuan dan asas ontologi,
epistemologi, aksiologi, logik, dan metodologi bagi PBS; hakikat
insan, ilmu, nilai, pendidikan, dan kognisi menurut PBS; hubungan
antara budaya dengan matematik; dan proses transformasi bagi
mencapai pendidikan matematik yang berkualiti tinggi dan penjelasan
tentang penghalang utama yang perlu ditangani dalam transformasi
tersebut. Buku ini membuat perbandingan antara perspektif
bersepadu sejagat dengan konstruktivisme radikal bagi menonjolkan
ciri utama.

.....................................................................................


Profesor Dr. Nik Azis Nik Pa adalah profesor dalam bidang
pendidikan matematik di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Beliau
memiliki ijazah B.Sc. (Pendidikan Matematik) dan ijazah M.Sc.
(Pendidikan Matematik) dari Northern Illinois University dan ijazah
Ed.D. (Pendidikan Matematik) dari University of Georgia. Pernah
menjadi Fulbright Visiting Scholar di University of Georgia; pernah
berkhidmat sebagai Dekan, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.
Ketika ini, beliau bergerak aktif menjalankan aktiviti penyelidikan
fasa pertama Projek Lima Tahun Pengembangan Kebolehan Berfikir
Aras Tinggi (HOTA) dalam pendidikan matematik berlandaskan
perspektif bersepadu sejagat setelah menyiapkan Projek Lima Tahun
Pengembangan Nilai dalam Pendidikan Matematik.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: