Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini memaparkan aspek pemikiran, khu-susnya dalam filem Se-merah Padi (1956) dan Antara Dua Darjat (1960) serta Hang Jebat (1962), dan Dang Anom (1962). Pemilihan filem-filem tersebut berdasarkan merit Semerah Padi dan Antara Dua Darjat - dua buah filem terbaik yang pernah dihasilkan oleh P. Ramlee, dan Hang Jebat dan Dang Anom - dua buah filem terbaik Hussein Haniff. Filem-filem tersebut termasuk dalam kategori heavy drama yang secara jelas dapat menggambarkan keupayaan pengarahnya memberikan orientasi pada aspek teknikal dan rujukan makna dalam aspek pengarahan dan sinematografi. Buku ini secara khusus menganalisis dan mem-berikan tafsiran serta pandangan terhadap filem-filem mereka dan bukan terhadap mereka sebagai individu. P. Ramlee dan Hussein Haniff dipilih kerana ketokohan mereka dan mereka berada dalam kelas yang terasing daripada pengarah sezaman, sama ada pengarah berketurunan India, mahupun pengarah tempatan dari segi mutu penghasilan karya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: