Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini mengetengahkan kajian yang cuba menggali khazanah
persuratan Melayu dengan memberikan fokus secara khususnya
kepada buah pemikiran Islam yang berkaitan dengan politik dan
pemerintahan yang pernah dihasilkan para ulama dan cendekiawan
Alam Melayu. Karya seumpama ini tidak begitu terserlah selama ini
kerana ‘tersembunyi’ dalam timbunan kajian dan khazanah sejarah
kesusasteraan Melayu klasik. Karya ini mendedahkan kepada
pembaca aspek pemikiran politik dan pemerintahan Islam dengan
menghadam dan memperhalusi jejak pemikiran tujuh orang ulama
dan cendekiawan Alam Melayu berpandukan karya-karya mereka.
Sesungguhnya kemunculan agama Islam yang telah merombak
ekologi politik Alam Melayu bukan hanya sekadar mengubah
struktur dan institusi pemerintahan malahan juga mencorakkan
falsafah dan pemikiran politik yang mencerna sikap, pandangan
dan pegangan hidup dalam berpolitik dan bernegara. Sumbangan
pemikiran tokoh ulama tersebut menjadi titik-tolak arus perubahan
yang kemudiannya merombak paksi dan kiblat nilai-nilai politik dan
pemerintahan. Pemikiran ketujuh-tujuh tokoh ulama ini menjurus
kepada usaha menerapkan nilai-nilai ajaran Islam ke dalam amalan
pemerintahan dan pentadbiran negeri seterusnya mencorakkan
sistem, struktur dan institusi pemerintahan. Diharapkan kajian ini
juga dapat membuka minda masyarakat pembaca yang berminat
ingin menggali warisan pengurusan daripada khazanah persuratan
kerana banyak aspek pemikirannya adalah idea dan persoalan yang
masih relevan dengan zaman sekarang dan banyak menyangkuti
aspek ilmu pengurusan moden.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: