Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini merupakan cantuman daripada tiga buah buku kecil,
iaitu Mengenal dan Mendekati al-Quran, Kaedah Pendidikan
Dalam al-Quran serta Konsep dan Pelaksanaan Pendidikan
Al-Quran. Keseluruhannya, ia cuba mendedahkan banyak
perkara yang berkaitan dengan pendidikan al-Quran. Dari aspek
sejarah, banyak membincangkan tentang bila dan bagaimana al-Quran
diturunkan, ditulis, dibuku dan dibariskan. Ia juga cuba menjelaskan
bagaimana timbulnya Qiraat Tujuh dan Rasm Uthmany yang dikenali
hari ini. Dari aspek pendidikan, ia cuba menonjolkan beberapa kaedah
pendidikan yang disentuh di dalam al-Quran. Ini agak baru bagi
pendidik di Malaysia. Selanjutnya ia mendedahkan tentang konsep
dan kaedah belajar dan mengajar al-Quran. Tidak ketinggalan ia juga
menceritakan tentang adab dan kelebihan al-Quran. Ringkasnya,
ia merangkumi banyak perkara yang berkaitan dengan al-Quran.
Justeru itu, ia sangat sesuai dibaca oleh semua golongan, khasnya
ibu bapa dan guru.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: