Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini merupakan usaha untuk mengupas istilah al-kawkab dan
al-kawakib yang terdapat dalam kitab suci al-Quran menurut
pandangan mufasirin (ahli tafsir) dan astronomi moden.
Terdapat lima ayat al-Quran yang diterjemahkan sebagai bintang oleh
kebanyakan penterjemah mashaf al-Quran. Jarang sekali kedua-dua
istilah ini diterjemahkan sebagai planet. Adakah terjemahan bintang
bagi kedua-dua istilah tersebut adalah tepat? Justeru, sisi pandang
buku ini dilakukan melalui dua disiplin ilmu iaitu ilmu wahyu dan sains
bagi menjelaskan persoalan ini. Perbincangan dalam tulisan ini akan
menyentuh tentang maksud sebenar lafaz al-kawkab dan al-kawakib
berdasarkan pandangan mufasirin. Seterusnya, klasifikasi planet dalam
sistem suria oleh ahli astronomi akan diulas secara tuntas dalam bab
yang khusus. Kemudiannya, analisis dijalankan terhadap pandangan
mufasirin dan astronomi moden bagi melihat hubung kait antara keduaduanya.
Hasil perbahasan dua disiplin ilmu ini akan merungkaikan
terjemahan yang lebih tepat pada masa kini bagi istilah al-kawkab dan
al-kawakib dalam al-Quran.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: