Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini ditulis tidak setakat ingin mengetengahkan pemikiran politik Islam, malahan percubaan untuk menunjukkan bentuk-bentuk respons pemikir Islam terhadap gagasan yang datang dan mempengaruhi pemikiran umat Islam, terutamanya gagasan liberalisme, dengan mementaskan tujuh buah fikiran tokoh Islam dalam tujuh bab buku ini.
    Terdapat dua justifikasi pemilihan tujuh tokoh dalam buku ini, iaitu yang berdasarkan wilayah pengaruh tokoh berkenaan dan faktor keketaraan dimensi sandaran syariah dan falsafah dalam buah pemikiran mereka. Rashid Ghannoushi mewakili tokoh dari Afrika Utara, kemudian diikuti pula oleh Yusuf al-Qaradawi (Timur Tengah), Recep Tayyip Erdogan (Turki), Mohammad Khatami (Iran), Qazi Hussain (Indopakistan) dan dua tokoh dari Asia Tenggara, iaitu Abdul Hadi Awang dan Amien Rais. Berkaitan justifikasi dari segi dimensi sandaran syariah dan sandaran falsafahnya pula, kesemua tokoh yang dikaji ini sememangnya tegar condong kepada sandaran syariah. Cuma, yang ada perbezaan ketaranya dari segi pengaruh aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah. Walau bagaimanapun, bagi memastikan faktor majoriti penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah dipertimbangkan secara serius dalam buku ini, seorang tokoh dari aliran pengaruh Syiah dikemukakan iaitu Mohammad Khatami. Sungguhpun masing-masing tokoh yang dikaji tegar dengan  paksi syariahnya, namun beberapa tokoh tertentu seperti Rashid Ghannoushi, Amien Rais, Recep Tayyip Erdogan dan Mohammad Khatami sendiri menunjukkan toleransi mereka terhadap mempertimbangkan aspek falsafah, iaitu falsafah Barat dalam wacana pemikiran politik mereka masing-masing.
    Diharapkan perbincangan tentang tujuh cendekiawan Islam yang dikaji dalam tujuh bab buku ini dapat memberi kefahaman kepada pembaca tentang peranan dan sumbangan besar tokoh-tokoh berkenaan.

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: