Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Buku ini mengemukakan perbincangan tentang ketokohan dan sumbangan lapan orang pemikir dan aktivis dalam Dunia Melayu. Pemilihan tokoh-tokoh berkenaan adalah didasarkan kepada tema kepelbagaian idea dan pendekatan gerakan dan pendidikan Islam yang dicakupi melalui sumbangan tokoh-tokoh berkenaan.

Kelapan-lapan tokoh berkenaan serta idea-ideanya adalah Sheikh Abdul Rauf al-Fansuri dari Aceh dengan peranannya mengharmonikan tasawuf dengan syariah; Kiai Haji Sholeh Darat tokoh besar di Tanah Jawa yang mengedepankan nilai-nilai tasawuf; Sheikh Junid Tola yang peranannya di Perak dalam menghidupkan amalan wakaf; Zainon Sulaiman atau Ibu Zain yang terkenal dalam memperjuangkan kemajuan pendidikan wanita Melayu; Sheikh Muhammad Yasin al-Fadani seorang tokoh Ilmu Hadis yang terkemuka; Abdulfatah Haron Ibrahim pula tokoh penting dalam institusi rasmi berkaitan hal ehwal agama Islam; Haji Mohd Baqi Othman yang aktif dengan kegiatan dakwah di Pahang; dan Auni Abdullah yang dihormati atas gagasannya memperkasa atau mendayai tamadun Islam Alam Melayu

Daripada perbincangan bab-bab dalam buku ini, adalah diharapkan bahawa pembaca akan dapat memahami adanya kepelbagaian metode dan pendekatan dalam mendidik dan mengetengahkan pandangan dan pegangan agama ke dalam masyarakat. Wajar dicatatkan juga bahawa terdapat ramai ulama Alam Melayu yang ketokohan dan sumbangannya tidak diarusperdanakan dan tidak hanya milik kumpulan pengikut, pelajar atau komunitinya sahaja.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: