Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Pendedahan dan informasi tentang penglibatan dan sumbangan wanita dalam bidang tafsir sangat kurang diketahui umum. Bahkan terlalu sedikit karya berkaitan Ulum al-Quran atau manhaj al-mufassirin yang membariskan nama atau tokoh wanita yang
pakar dalam bidang al-Quran sebagai seorang mufasirah atau ahli tafsir wanita.

Karya ini memuatkan data-data penting berkaitan sumbangan wanita dalam bidang tafsir. Ia melibatkan sejarah penglibatan wanita dalam bidang tafsir bermula seawal permulaan dakwah di zaman Rasulullah SAW, seterusnya perincian biografi beberapa orang mufasirat bermula dari mufasirah pertama sehinggalah mufasirah pada abad ke-21.

Tokoh mufasirah yang menjadi fokus perbincangan dalam buku ini ialah Nailah Hashim Sabri yang terkenal pada abad ini khususnya di Semenanjung Tanah Arab. Melalui fokus perbincangan buku ini terhadap karya tafsir karangan Nailah Hashim Sabri iaitu al-Mubsir li Nur Al-Quran, menonjolkan personaliti Nailah Hashim Sabri sebagai satu-satunya mufasirah yang berjaya menghasilkan sebuah karya tafsir yang lengkap merangkumi 30 juz al-Quran. Sekali gus, buku ini mengetengahkan idea, bentuk pemikiran dan gagasan yang dilontarkan oleh beliau dalam karya ini.

Idea dan pemikiran Nailah Hashim Sabri yang diinterpretasikan dalam karya tafsirnya tersebut, serta metodologi pentafsirannya yang merangkumi aspek pemikiran dakwah, politik dan sosio kemasyarakatan dilontarkan dalam bentuk uslub dan gaya bahasa yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: