Shopping Cart
Your shopping cart is empty!
BUKU Metabolisme Tubuh Manusia ditulis khusus untuk rujukan penuntut kursus perubatan tahun satu. Buku ini membincangkan bagaimana karbohidrat, lipid, asid amino dan asid nukleik diuraikan di dalam tubuh, sama ada untuk menjana tenaga, ataupun untuk menghasilkan bahantara asas bagi biosintesis makromolekul yang berfungsi atau makromolekul simpanan. Pelbagai metabolisme yang relevan dengan bidang perubatan ditegaskan dalam buku ini. Penyakit-penyakit yang bersangkutan dengan gangguan metabolisme tubuh dan kegunaan tindak balas biokimia tertentu dalam kaedah diagnosis atau rawatan penyakit telah juga di sentuh. Untuk memudahkan penuntut mengenali topik yang mempunyai hubungan klinikal di dalam buku ini, teks kandungannya dituliskan secara italiks dan disusun di dalam petak kandungan. Penulisan buku ini dibuat mengikut kandungan silabus yang digunakan di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Namun demikian, buku ini boleh juga dimanfaatkan oleh penuntut lain yang turut mengikuti subjek biokimia dalam mana-mana kursus seperti pergigian, farmasi, bioperubatan, sains, sains makanan dan sains veteriner kerana topik metabolisme merupakan teras bagi bidang biokimia.

 

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: