Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Kerajaan Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak pada 28 Disember, 1994. Konvensyen ini merupakan konvensyen antarabangsa mengenai pemberian hak sivil, politik, ekonomi, sosial dan kebudayaan kepada semua kanak-kanak. Sehubungan itu, Konvensyen tersebut mengesahkan hak kanak-kanak untuk menyuarakan pandangan dan idea mereka, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang diperlukan untuk pembangunan diri mereka, menikmati keperluan hidup yang mencukupi dan sejahtera serta mengamalkan kebudayaan mereka dalam suasana ekologi sosial yang selamat dan harmoni. Suatu survei di Rumah Kanak-kanak seluruh negara telah dijalankan bagi mengukur pelaksanaan usulan hak kanak-kanak yang disyorkan oleh konvensyen tersebut. Berasaskan survei berkenaan, buku ini memaparkan kualiti hidup kanak-kanak yang sedang menerima perkhidmatan penjagaan dan perlindungan di Rumah Kanak-kanak. Buku ini turut memaparkan insentif-insentif yang diambil oleh institusi jagaan awam dalam melindungi kanak-kanak daripada segala ancaman bahaya. Dari aspek pembangunan diri pula, buku ini memaparkan serangkaian intervensi pendidikan dan vokasional yang disediakan oleh pihak institusi kepada kanak-kanak yang berada dalam perkhidmatan institusi jagaan ini. Dapatan kajian mengenai pelaksanaan hak kanak-kanak yang menjadi teras perbincangan buku ini diyakini dapat membuka mata ramai pihak; khususnya pihak yang terlibat dengan penyampaian perkhidmatan kebajikan kanak-kanak, untuk menambah baik lagi perkhidmatan jagaan dan perlindungan berasaskan institusi untuk kanak-kanak di negara kita.

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: