Buku ini mengupas pemikiran dakwah dalam penulisan kisah nabi dan rasul yang diterapkan dalam kesusasteraan Melayu-Islam tradisional. Ia berfokus kepada metodologi dakwah melalui pendekatan penulisan berhikmah yang menggabungkan unsur mendorong (al-targhīb) dan mengancam (al-tarhīb), sebagaimana dianjurkan dalam Surah al-Naḥl 16:125. Analisis teks utama, Surat al-Anbiya’, mengungkap elemen-elemen dakwah yang disampaikan melalui naratif kisah para nabi dan rasul, memperlihatkan transformasi sastera Melayu tradisional selepas pengaruh Hindu-Buddha kepada Islam.
Karya ini membincangkan bagaimana kisah nabi dan rasul yang bersumberkan al-Quran dan al-Hadis disampaikan melalui genre hikayat Melayu berunsur Islam. Ia turut menilai peranan hikayat ini dalam menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat Melayu-Islam secara meluas dan berkesan. Namun, penulis turut mengkritik elemen-elemen tidak sahih seperti riwayat Isrā’īliyyāt dan sinkretisme yang mencemari keaslian naratif tersebut, seterusnya memberi kesan kepada kefahaman dan akidah umat Islam.
Buku ini bukan sahaja memberikan sumbangan kepada sejarah perkembangan tradisi kesusasteraan Melayu, malah turut menawarkan perspektif dakwah yang lebih mendalam. Dengan memadukan tradisi persuratan Melayu dengan disiplin ilmu Islam, ia memberikan panduan kepada pengkaji dan pendakwah untuk memastikan kandungan dakwah menepati prinsip epistemologi Islam.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: