Perkembangan sistem kewangan Islam di Malaysia telah menyaksikan pelbagai kontrak Syariah digunakan sebagai kontrak pendasar kepada produk kewangan yang ditawarkan dalam institusi kewangan Islam. Antara kontrak utama yang digunakan ialah murabahah, tawarruq, ijarah, mudarabah, musyarakah, wakalah, rahn, qard, wa’d, hibah dan lain-lain. Setiap kontrak ini digunakan bagi memastikan transaksi kewangan yang dilaksanakan mematuhi prinsip-prinsip Syariah dan menjamin keadilan kepada semua pihak yang terlibat. Dalam konteks amalan muamalat yang semakin berkembang, penggunaan kontrak-kontrak ini bukan sahaja tertumpu kepada aspek pembiayaan dan pelaburan, tetapi juga merangkumi pelbagai instrumen kewangan moden yang disesuaikan dengan prinsip Syariah. Seiring dengan peningkatan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menggunakan perkhidmatan kewangan Islam, keperluan untuk memahami konsep dan aplikasi setiap kontrak ini dengan jelas dan menyeluruh semakin mendapat perhatian dalam kalangan pelbagai pihak. Buku ini dihasilkan bagi menjelaskan kontrak Syariah dalam sistem kewangan Islam serta aplikasi praktikal dalam industri kewangan semasa. Pembaca akan didedahkan dengan definisi, rukun, syarat, serta contoh- contoh aplikasi setiap kontrak yang dibincangkan secara terperinci. Selain itu, perbincangan juga merangkumi isu-isu semasa dan cabaran yang dihadapi dalam mengaplikasikan kontrak-kontrak ini berdasarkan perspektif Syariah. Buku ini boleh dijadikan sumber rujukan bagi pelajar, penyelidik, pengamal industri kewangan Islam dan mereka yang ingin memahami dan mendalami konsep-konsep muamalat Islam secara menyeluruh dan mudah difahami.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below: