Pantun ialah puisi Melayu tradisional tertua dan dikelaskan sebagai puisi lisan yang diungkap dari mulut ke mulut secara bergenerasi dengan kepelbagaian bentuk ciptaan. Sejak dahulu, ungkapan pantun adalah secara lisan dan spontan oleh masyarakat Melayu dengan sifat sepunya (kolektif) tanpa mengetahui pencipta asalnya. Kini, pantun memiliki pencipta apabila banyak dinukil dan didokumentasikan sebagai koleksi pantun untuk tujuan rujukan dan kelestariannya. Pantun yang dikarang dapat diteliti dari sudut nilai puitika melalui daya kepengarangannya dengan menghalusi struktur luaran (binaan baris/ larik, rangkap dan rima pantun) dan struktur dalaman (pemikiran; falsafah) sesebuah pantun. Buku ini dihasilkan untuk mengenal pasti dan meneliti kepuitikaan pantun ciptaan Wan Khazim Wan Din melalui naskhah pantunnya yang berjudul Bukit Lagi Bintang Berkarang terbitan Universiti Sains Malaysia.
Write a review
Your Name:Your Review: Note: HTML is not translated!
Rating: Bad Good
Enter the code in the box below:



