Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Penglibatan Arshad Ayub dalam pengurusan pendidikan
bermula pada tahun 1965 apabila beliau dilantik sebagai
Pengetua Kolej Perniagaan dan Pengajian Profesional
Majlis Amanah Rakyat (MARA). Dua tahun kemudian,
Kolej MARA dinaikkan taraf kepada Institut Teknologi MARA (ITM)
dan beliau sekali lagi diminta menerajuinya sebagai Pengarah.
Arshad telah berkhidmat dengan penuh dedikasi di ITM sehingga
tahun 1975. Di ITM, Arshad memperkenalkan kursus-kursus
profesional seperti Pengurusan Perniagaan, Sebaran Am dan
Pengurusan Hartanah. Selain itu, beliau turut memperkenalkan
program berkembar dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai
medium pembelajaran dan pengajaran. Bahasa Inggeris
digunakan sebagai bahasa pengantar di ITM sehingga ke hari ini.
Kecemerlangan Arshad terbukti apabila bilangan pelajar di ITM
bertambah daripada 200 pelajar kepada 700 pelajar pada tahun
1975. Kini, ITM telah dinaikkan taraf sebagai Universiti Teknologi
MARA (UiTM) dan jumlah pelajarnya mencapai 160 000 orang dan
dianggap sebagai universiti terbesar di dunia.

Meskipun telah bersara selepas berkhidmat sebagai pegawai
tinggi kerajaan di pelbagai kementerian, Arshad Ayub masih
lagi menyumbangkan khidmat dan bakti dalam pelbagai agensi
kerajaan dan institusi pengajian tinggi seperti memegang jawatan
sebagai Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah di Universiti
Malaya. Sebagai mengenang jasa dan sumbangannya terhadap
pembangunan pendidikan, sosial dan ekonomi orang Melayu,
beliau telah dianugerahkan pelbagai pingat kebesaran, termasuklah
anugerah gelaran Tan Sri Dato’ Sri Utama Arshad Ayub.

Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: