Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

 

Dua tokoh aktivis global yang terkenal di dunia meneroka kebangkitan “globalis akar umbi” — rakyat di seluruh dunia yang bertanggungjawab membina masa depan yang lebih aman, berharmoni dan berdaya tahan. Para pengarang juga membincangkan latar belakang mereka sendiri dan apa yang mendorong mereka secara individu ke dalam aktivisme skala dunia. Pada masa yang sama, mereka memberikan galakan dan maklumat konkrit kepada berjuta-juta warga yang prihatin yang ingin menghasilkan perbezaan.

Pelbagai isu yang kini mendapat pengiktirafan yang lebih besar di semua peringkat masyarakat yang diterokai, termasuk pembangunan yang berdaya tahan, keadilan ekonomi, menghormati orang pribumi dan tanah serta sumber tradisional mereka, pendemokrasian politik dan institusi antarabangsa, menjadikan syarikat-syarikat berakauntabiliti, dan memulihara biodiversiti, kualiti udara dan iklim Bumi ini.

Daripada memikirkan ramalan-ramalan yang azab dan suram, Henderson dan Ikeda sebaliknya menggunakan optimisme yang praktikal tetapi mendalam dalam potensi manusia dan keupayaan kita untuk membina masa depan yang lebih cerah.

Dengan dalil bahawa perubahan positif hati seorang boleh membawa kepada perubahan keseluruhan di dunia, mereka membentangkan pandangan menarik yang menggoncang dan mencabar pembaca. Dengan memberikan tumpuan kepada nilai-nilai kerohanian yang diperlukan untuk membina dunia yang lebih baik, kedua-dua tokoh tersebut menghubungkan isu-isu global yang kompleks kepada rakyat biasa dan meyakinkan kita bahawa kita mempunyai kuasa untuk membuat perubahan positif dalam keluarga, komuniti, negara dan dunia kita pada keseluruhannya.

 


 

Hazel Henderson

Futuris terkenal di dunia, pakar ekonomi evolusi, kolumnis media global dan perunding pembangunan berdaya tahan. Beliau pengarang Beyond Globalisation, Building a Win-Win World, Creating Alternative Futures dan lima buku yang lain. Beliau juga pencipta bersama Petunjuk Kualiti Hidup Calvert- Henderson. Editorial beliau diterbitkan dalam 27 bahasa dan lebih 400 akhbar yang dikuasai Interpress Service.

Daisaku Ikeda

Presiden Soka Gakkai Internasional, sebuah persatuan awam agama Buddha yang menggalakkan keamanan, kebudayaan dan pendidikan. Sebagai pemimpin inspirasional berjuta-juta orang, Daisaku Ikeda diiktiraf sebagai seorang daripada penafsir terkemuka agama Buddha, membawa kebijaksanaan abadi untuk membincangkan pelbagai isu yang kompleks yang dihadapi umat manusia. Beliau telah menulis banyak buah buku, termasuk For the Sake of Peace yang memenangi anugerah.

 


 

 “Satu dialog berwawasan dan cergas mengenai inisiatif intelektual dan politik ke arah masa depan yang lebih berkemanusiaan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar oleh dua pemimpin yang penting dalam bidang berkenaan.”

— Sander G. Tideman, pengerusi,

Spirit in Business, Bussum, Belanda

“Henderson dan Ikeda, dua daripada pemikir dunia yang terkenal mengaplikasi wawasan, menunjukkan kepada kita bagaimana kita boleh mengubah krisis menjadi peluang dan merangsangkan kita dengan contoh-contoh mereka.”

— Rodger Spiller, PhD., CFP, pakar Pelaburan

Tanggungjawab Sosial, Aukland, New Zealand

“Menggalakkan falsafah kesihatan dan kebahagiaan berdasarkan ekonomi menyayangi dan berkongsi, Dr. Henderson dan Dr. Ikeda meramalkan masa depan kita yang menyerlahkan potensi yang paling besar. Kebijaksanaan mereka mencerminkan pepatah lama, ‘Dia yang mempunyai kesihatan mempunyai harapan dan dia yang mempunyai harapan itu mempunyai segalanya.’”

— Ellen Taliaferro, M.D., pengarah eksekutif,

Pandora Project, California, Amerika Syarikat

“Untuk menjadi benar-benar berkesan, dasar pelestarian alam sekitar mesti terpahat di minda dan hati orang, serta orang biasa, bukan sahaja ahli-ahli politik dan pembuat keputusan peringkat tinggi yang lain. Buku ini merupakan sumbangan yang besar.”

— Bedrich Moldan, pengarah, Pusat Alam Sekitar,

Universiti Charles, Republik Czech

“Sumbangan penting kepada tugas penting untuk menggerakkan semula DNA kapitalisme global. Buku ini sangat baik secara langsung menarik perhatian kita kepada punca asal dan beberapa penyelesaian kreatif untuk cabaran kita intelektual dan inersia institusi.”

— Matthew Kiernan, ketua eksekutif,

Innovest Strategic Value Advisors, Toronto, Kanada.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: