Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Perbincangan hukum Islam atau fiqh adalah sangat penting
terutamanya dalam menyelesaikan isu semasa. Selain itu, fiqh
menjadi suatu ilmu yang wajib dipelajari oleh keseluruhan
masyarakat Islam, khususnya melibatkan rukun-rukun Islam seperti
solat, zakat, puasa dan haji.
Dalam perbincangan fiqh, terdapat ilmu yang menjadi dasar dan
asas utamanya iaitu ilmu usul al-fiqh. Usul al-fiqh adalah satu ilmu yang
menjadi panduan mujtahid untuk mengistinbatkan hukum-hukum
syarak yang praktikal daripada dalil-dalilnya yang bersifat tafsili.
Buku ini mendedahkan penjelasan mengenai usul al-fiqh yang
menyeluruh sebagai panduan asas dalam memahami ilmu fiqh atau
ilmu syariah umumnya. Perbincangan yang terkandung dalam buku
ini meliputi konsep usul al-fiqh, dalil-dalil syarak, teori hukum, kaedah
penafsiran nas, ta’arud dan tarjih, ijtihad dan taqlid.
Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh penuntut ilmu atau pelajar
dalam bidang Syariah dari pelbagai peringkat secara khusus dan
masyarakat awam secara amnya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: