Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Tafsiran al-Quran dan Hadis: Salah Faham dan Penyelewengan dihasilkan daripada geran penyelidikan khas buku di bawah University Malaya Research Grant (UMRG). Buku ini memfokuskan kepada isu-isu penyelewengan terhadap makna teks al-Quran dan hadis. Antara isu-isu yang dibincangkan dalam buku ini ialah sejarah penyelewengan makna al-Quran dan hadis bermula pada zaman awal sehinggalah masa kini selain faktor-faktor kepada penyelewengan tersebut. Kajian penulisan ini turut memfokuskan kepada isu-isu penyalahgunaan ayat-ayat al-Quran untuk tujuan komersial selain penyelewengan makna al-Quran dan hadis yang berlaku di Malaysia. Antara yang dibincangkan ialah penyelewengan dari aspek keabsahan al-Quran sebagai kitab wahyu, kesetaraan gender dan isu hermeneutik. Selain itu, buku ini turut membincangkan teks-teks hadis yang diselewengkan maknanya oleh ISIS berserta penolakan terhadap hujahan kumpulan tersebut.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: