Shopping Cart
Your shopping cart is empty!

Kerjasama politik dianggap ciri utama politik Malaysia. Tidak ada sebuah parti politik yang boleh memenangi pilihan raya sekali gus menubuhkan kerajaan secara bersendirian. Kerjasama politik memperlihatkan beberapa aspek penting seperti toleransi, tawar-menawar dan berkongsi kuasa yang melibatkan kumpulan yang berbeza. Kerjasama politik boleh berlaku dalam beberapa bentuk, antaranya melalui pakatan pilihan raya seperti strategi satu lawan satu menentang pihak lawan serta pakatan isu dan kepentingan umum yang membentuk sebuah dasar atau polisi bersama. Buku ini menganalisis kerjasama politik oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dari 1999 hingga 2015 melalui beberapa platform seperti Majlis Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK), Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR) yang menyaksikan buat julung kali bergandingan dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Selain itu, PAS turut menjalin kerjasama dengan bukan Islam melalui Kelab Penyokong PAS (KPP) dan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) bagi membina sokongan politik yang lebih inklusif. Berpegang kepada konsep Tahaluf Siyasi, kerjasama politik oleh PAS yang melangkaui pilihan raya ternyata masih dibelenggu dengan persoalan coalition of convenience dalam tempoh kajian apabila parti itu bergelut untuk mengimbangi matlamat politik dengan mempertahankan dasar perjuangan parti, menangani demokrasi sebagai budaya politik dan meneroka perjuangan merentasi kaum. Buktinya, kerjasama politik gagal dipertahankan malah sebahagian pemimpin membentuk parti baharu, iaitu Parti Amanah Negara (Amanah) yang kemudiannya menyertai Pakatan Harapan (PH). Seperti sifat politik yang sentiasa dinamik, tidak pegun dan serba berkemungkinan, kerjasama politik PAS sentiasa diwarnai dengan konflik dan konsensus. Namun, parti ini masih meletakkan keyakinan yang tinggi terhadap kerjasama politik dengan UMNO melalui Muafakat Nasional (MN) dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below: